Info Solat


Cuaca Sejuk di Awal Tahun 2014

Memang sejuk sungguh sekarang ni...kebanyakan tempat mengalami penurunan di bawah 20. Keadaan ini agak luar dari kebiasanya, dimana pada tahun sebelumnya suhu kembali panas selepas musim banjir. Di Kuala Lumpur dan Selangor, pada masa ini berada dalam suhu yang rendah bermula pada pukul 6 petang sehingga 7 pagi.

Suasana di dalam rumah pula pada waktu malam bagaikan memasang alat penghawa dingin walaupun hanya ada kipas syiling sahaja. Jimat letrik bulan ini...

Keadaan ini dijelaskan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) yang menyatakan bahawa fenomena ini bukan kali pertama berlaku dan ianya disebabkan oleh angin sejuk dari Timur Laut Monsun.

"Suhu turun naik dari semasa ke semasa dan semasa monsun Timur Laut, rakaman minimum itu biasa dan telah berlaku banyak kali sepanjang musim ini," kata JMM sebagaimana dipetik daripada The Star Online.

Kesejukan luar biasa itu dijangka berlarutan sehingga Tahun Baru Cina sekaligus membolehkan penduduk negeri itu merasai cuaca tanah tinggi buat sementara waktu.


No comments:

Post a Comment

HOT NEWS