Assalamualaikum dan Salam sejahtera....Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Objektif utama blog ini adalah untuk memberi pengetahuan umum dan panduan yang terkini mengenai konfigurasi yang selalu digunapakai pada komputer dan aplikasi yang berkaitan dengannya. Insha-Allah, bahan bacaan sentiasa akan dikemaskini jika ada kelapangan. Segala panduan dan pendedahan yang ditunjukkan di sini adalah untuk tujuan memberi pendidikan dan perkongsian ilmu pengetahuan. Selamat Berjaya !!!
Info Solat
Belon Udara Panas - Putrajaya
FIESTA Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya ke-6 bakal kembali di Presint 2, Putrajaya menjelang Mac depan. Acara kekeluargaan yang menyeronokkan itu akan mengisi kalendar tarikan Putrajaya selama empat hari bermula 27 hingga 30 Mac tahun ini.
Menerusi fiesta kali ini, enam belon udara panas berwarna-warni dengan bentuk istimewa akan menjadi tarikan utama. Antaranya ialah Buzzy, belon raksasa hijau dan pasangan lebah (Bees) dari Amerika Syarikat, belon berbentuk kon ais krim dari Belgium dan belon bentuk hati yang didatangkan dari Taiwan.
Tidak ketinggalan, belon paling digemari tahun lalu dari Belgium yang menampilkan karakter daripada rantaian filem sains fiksyen popular, Star Wars iaitu Darth Vader.
Seperti tahun yang sebelumnya, fiesta tahun ini juga akan melibatkan pertandingan persahabatan antara pengemudi belon udara panas yang dipanggil Trofi Rudy. Di negara luar, perlawanan itu digelar Hare & Hound.
Pengumuman fiesta itu diadakan bersempena dengan majlis pelancaran Kalendar Acara 2014 oleh Perbadanan Putrajaya. Fiesta belon udara panas adalah salah satu daripada 88 acara yang akan berlangsung di Putrajaya sepanjang tahun ini.
Kemasukan ke fiesta itu adalah percuma dan pengunjung dinasihatkan untuk menggunakan KLIA Transit ke Putrajaya. Orang awam yang menaiki pengangkutan awam ini akan menikmati diskaun sehingga 35 peratus bagi tiket pergi balik sepanjang empat hari fiesta tersebut.
Dari stesen Putrajaya, orang awam boleh menaiki bas Nadi Putra yang akan membawa penumpang terus ke tapak fiesta.
Mereka yang menggunakan khidmat MyTeksi pula akan menikmati promosi diskaun tambang sebanyak RM15 apabila menempah teksi ke lokasi fiesta tersebut menerusi aplikasi telefon pintar MyTeksi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment