Assalamualaikum dan Salam sejahtera....Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Objektif utama blog ini adalah untuk memberi pengetahuan umum dan panduan yang terkini mengenai konfigurasi yang selalu digunapakai pada komputer dan aplikasi yang berkaitan dengannya. Insha-Allah, bahan bacaan sentiasa akan dikemaskini jika ada kelapangan. Segala panduan dan pendedahan yang ditunjukkan di sini adalah untuk tujuan memberi pendidikan dan perkongsian ilmu pengetahuan. Selamat Berjaya !!!
Info Solat
Windows 8.1 vs Windows 8
Antara perubahan yang ketara adalah butang Start dikembalikan semula kepada sistem Windows 8.1. Seterusnya akan dibincangkan beberapa pembaharuan yang dibuat dalam sistem Windows 8.1.
1. Konfigurasi aplikasi komputer
atau Apps yang diperoleh daripada Windows Store berkenaan jenis data dan peralatan tertentu yang digunakan. Ini boleh dicapai di konfigurasi PC Settings > Privacy.
2. Sokongan yang baik dalam penggunaan aplikasi VPN (Virtual Private Network) yang disambungkan menerusi PC Settings.
3. Fungsi Family Safety dipersembahkan dalam keadaan yang lebih baik iaitu secara penuhnya berasaskan web. Ia memudahkan pemantauan dibuat bagi penggunaan komputer bagi setiap ahli dalam sesebuah keleuarga.
4. Terdapat fungsi mod tatapan untuk bacaan atau Read View/Mode dalam aplikasi Internet Explorer 11.
5. Terdapat aplikasi untuk pemodelan dan sokongan pencetak tiga dimensi atau 3D. Ia merupakan satu gaya terkini teknologi dalam dunia hari ini.
6. Tiada penggunaan klik kanan untuk melihat senarai rangkaian atau network list.w
7. Fail-fail dalam aplikasi SkyDrive tiada sekiranya aplikasi tersebut tidak berada dalam talian atau Offline.
8. Dapatan fail-fail secara jarak jauh dengan menggunakan aplikasi SkyDrive ditiadakan. Jadi, tiada aplikasi pelanggan untuk aplikasi SkyDrive.
9. Secara lalainya pustaka atau libraries disembunyikan dalam File Explorer. Jadi, begitulah serba sedikit perubahan yang ada dalam Windows 8.1 berbanding Windows 8. Sistem Windows 8 dibina bertujuan untuk sesuaikan dengan komputer tablet yang menggunakan konsep skrin sesentuh dan aplikasi awanan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment