Assalamualaikum dan Salam sejahtera....Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Objektif utama blog ini adalah untuk memberi pengetahuan umum dan panduan yang terkini mengenai konfigurasi yang selalu digunapakai pada komputer dan aplikasi yang berkaitan dengannya. Insha-Allah, bahan bacaan sentiasa akan dikemaskini jika ada kelapangan. Segala panduan dan pendedahan yang ditunjukkan di sini adalah untuk tujuan memberi pendidikan dan perkongsian ilmu pengetahuan. Selamat Berjaya !!!
Info Solat
4G vs 3G
Jika dilihat pada masa dahulu, komunikasi adalah terhad di rumah dimana talian tetap digunakan. akan tetapi pada masa kini, komunikasi boleh dilakukan di mana sahaja dengan menggunakan teknologi selular seperti selular GSM (Sistem Global Untuk Telekomunikasi Mudah Alih) , HSDPA dan yang terbaru adalah LTE.
Teknologi- teknologi tersebut berkembang sejajar dengan penggunaan gajet canggih khususnya atau telefon pintar dengan pelbagai aplikasi.
Teknologi ini juga membolehkan pengguna untuk mengakses Internet pada kadar kelajuan sehingga 100 megabitsesaat (Mbps) bergantung kepada teknologi yang digunakan.
Apakah yang dimaksudkan dengan LTE yang diperkatakan kini apabila kita membincangkan mengenai aplikasi telefon pintar dan komunikasi.
Perkembangan telefon pintar yang menggunakan teknologi selular khususnya 3G dan 4G menjadi seakan satu keperluan ketika ini.
Teknologi tersebut juga merupakan sebahagian daripada segmen komunikasi yang penting dan berevolusi daripada satu generasi (1G) kepada 4G ketika ini.
Sebahagian besar pengguna mungkin agak ketinggalan apakah latar belakang dan elemen yang terkandung dalam komunikasi selular tersebut bermula 1G hingga 4G.
Seorang pakar komunikasi tempatan, Prof. Dr Tharek Abdul Rahman berkata, komunikasi 1G merujuk kepada teknologi selular generasi pertama yang diperkenalkan pada 1980an
Teknologi 1G menggunakan sistem analog yang mana pengguna boleh menerima dan membuat panggilan telefon di mana sahaja selagi mempunyai liputan dari pemancar radio selular.
Sebelum telefon selular diperkenalkan, panggilan telefon hanya boleh dibuat di rumah atau di pejabat.
âContoh sistem tersebut yang digunakan di negara ini adalah ATUR 450, ART 900 dan Mobifon 800 dan penggunaan sistem ini terhad kepada suara sahaja,ââ ujarnya.
Seterusnya ialah teknologi 2G iaitu teknologi selular generasi kedua yang diperkenalkan dalam dekad 1990an.
Teknologi 2G menggunakan sistem digital yang mana prestasinya lebih baik berbanding 1G.
Contoh sistem tersebut yang digunakan di Malaysia adalah GSM. Tetapi penggunaannya adalah untuk suara sahaja.
Beliau bagaimanapun berkata, GSM telah ditambah baik kepada sistem yang dinamakan General Packet Radio Services (GPRS) bagi membolehkan penghantaran data di buat melalui sistem selular.
âDengan penggunaan GPRS, penghantaran dan penerimaan data boleh dibuat melalui sistem selular dengan kelajuan sehingga 100 kilobit sesaat (kbps) dan dinamakan sebagai 2.5G.
Daripada GPRS, sistem tersebut telah ditambahbaik lagi ke EDGE atau Enhanced Data for GSM Evolution dan dinamakan sebagai 2.75G dan boleh menghantar dan menerima data sehingga 384 kbps.
Sistem 2G menggunakan teknologi TDMA (Time Division Multiple Access)
Mengenai 3G, beliau berkata, ia merupakan teknologi selular generasi ketiga yang diperkenalkan dalam pada 2000.
Menurut Tharek, kelebihan 3G ialah ia boleh digunakan untuk suara dan data sehingga kelajuan 2Mbps.
âTeknologi 3G juga membolehkan kita membuat panggilan video selain suara dan data dan merupakan piawaian yang global berbanding dengan 1G atau 2G.
âSebagai contoh jika kita ke Jepun atau Korea, panggilan telefon tidak boleh dibuat dengan menggunakan teknologi 2G, sebaliknya teknologi 3G membolehkan kita membuat panggilan telefon ke seluruh dunia,ââ ujarnya.
Perkembangan seterusnya ialah Sistem 3G juga yang dipanggil WCDMA atau Wideband Code Division Multiple Access.
Sistem tersebut telah ditambah baik kepada High Speed Downlink Packet Access (HSDPA) dan High Speed Uplink Packet Access (HSUPA).
HSDPA boleh mencapai kelajuan sehingga 14 Mbps dan HSUPA boleh mencapai kelajuan sehingga 5Mbps.
Seterusnya, penambahbaikan telah dibuat yang mana kelajuan telah mencapai sehingga 28Mbps yang dinamakan sebagai HSPA + (High Speed Packet Access). 3G mengunakan teknologi yang dinamakan CDMA (Code Division Multiple Acces).
Beliau seterusnya menjelaskan, 4G merupakan teknologi selular generasi keempat yang menggunakan teknologi Evolusi Jangka Panjang (LTE).
Kelajuan teknologi LTE boleh mencapai sehingga 100Mbps. Teknologi yang digunakan oleh LTE adalah OFDMA (Orthogonal Frequency Division Multiple Access).
Menurut Tharek, LTE merupakan evolusi dari HSPA+. Selain kelajuan yang tinggi, teknologi tersebut dapat menampung lebih ramai pengguna berbanding dengan 3G iaitu lebih kurang tiga kali ganda.
Selain itu, kos penggunaan data adalah lebih murah dengan kelajuan yang lebih tinggi.
Kesimpulannya, perbezaan antara 2G, 3G dengan 4G adalah kelajuan capaian data atau capaian Internet adalah jauh lebih tinggi.
Sebagai contoh kelajuan capaian internet bagi 3G adalah tiga kali ganda lebih laju dari 2G. Kelajuan capaian data bagi 4G adalah tiga kali ganda dari 3G. Hari ini Teknologi LTE teloah berkembang termasuk ke negara ini.
Sebagai contoh, sebuah syarikat telekomunkasi tempatan pada tahun lalu melancarkan LTE dengan kelajuan 10 kali ganda dan dipasang di beberapa bandar besar di negara ini...
Sumber : Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment