Anda pakar matematik? Jika ya, memang sewajarnya anda mengikuti cabaran yang dianjurkan oleh pemilik yang berasal dari Texas, D. Andrew Beal.
Cabarannya adalah menyelesaikan rumusan bilangan matematik Beal conjecture. Beal menyediakan hadiah US $ 1 juta, bagi sesiapa yang boleh menyelesaikan formula tersebut.
Andrew Beal yang juga mempelajari matematik secara otodidak, merupakan orang yang mencipta formula Beal conjecture. Formula ini telah memecahkan formula legenda sebelum ini, Last Theorem, pada 1993 lalu.
Teori Last Theorem merupakan formula dari Pierre de Fermat pada 1637. Sepanjang ratusan tahun, formula itu tak dapat diselesaikan sehinggalah munculnya teori Beal conjecture.
Teori Last Theorem menyatakan tidak ada bilangan bulat a, b dan c yang dapat memenuhi persamaan ax + bx = cx, dengan catatan bilangan bulat lebih besar dari 2.
Sedangkan, teori Beal conjecture, menyatakan jika a, b, c, x, y, dan z semuanya merupakan bilangan bulat dan x, y dan z lebih besar dari 2. Teori itu terjadi dalam persamaan, ax + by = cz. Persamaan itu hanya mungkin terjadi dengan syarat bilangan a, b dan c merupakan bilangan prima.
Teori Beal pula dianggap sebagai satu-satunya penyelesaian untuk persamaan yang dihasilkan oleh Fermat, dengan catatan a, b, dan c merupakan bilangan prima.
Untuk itu, melalui komuniti matematik, American Mathematical Society (AMS), Andrew Beal mencabar sesiapa yang boleh menyelesaikan rumus Beal ini.
Ingin jadi jutawan segera? Tak salah kalau anda cuba memecahkan soalan rumusan Beal
No comments:
Post a Comment