Info Solat


Apakah tugasan anda di tempat kerja?

Samada pekerjaan kita tergolong di dalam sektor kerajaan ataupun swasta, gembira ataupun sebaliknya, terpaksa atau dipaksa, terdesak ataupun mendesak, terlalu awal ataupun dah terlewat, dan yang pastinya bidang pekerjaan kita adalah halal lagi diberkati Allah,yang mana kita buat apa yang disuruh-Nya dan tinggalkan apa yang dilarang-Nya. Adalah sesuatu yang mudahkan untuk menuju syurga yang menjadi impian setiap muslimin dan muslimat dari nabi Adam a.s sehingga hari kiamat....

Untuk mendapatkan keberkatan di dalam suatu perkerjaan, kita hendaklah memasang niat bahawa perkerjaan kita ini adalah untuk menyara keluarga supaya pekerjaan kita ini tergolong di dalam ibadah.Yang mana kita akan mendapat ganjaran di dunia iaitu pendapatan yang berkat dan pahala di akhirat...

 Dan,zakat adalah cara yang terbaik untuk membersihkan pendapatan yang diterima setiap bulan.Oleh situ, dengan berzakat, kita dapat menghindari sikap tamak dan kedekut serta mendekatkan lagi kepada Allah s.w.t...

Akhir sekali...solat lima waktu , jangan ditinggalkan kerana ianya adalah tiang agama...selamat beramal...

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment

HOT NEWS