Info Solat


Saranan Yang baik


Apabila kita ada masalah dan mungkin tidak suka kepada sesuatu kerajaan maka bermunajatlah dengan solat dan doa kepada ALLAH kerana hanya ALLAH sahaja yang memilih KUASA sesebuah kerajaan dengan pelbagai cara yang Allah lebih Maha mengetahui bukan dengan berDemonstrasi di jalanan yang merupakan budaya YAHUDI dan sudah pasti semangat iblis akan meresapi kejiwa penDemonstrasi dan pihak keselamatan. Iblis dan Musuh-musuh Islam memang menunggu sahaja peluang untuk melemahkan IMAN umat Islam.

Di sisi Allah urusan Demokrasi, Demonstrasi dan ISA ini terlalu kecil. Allah hanya melihatIMAN dan AMAL umatnya dengan mengikut Perintah ALLAH dengan cara hidup atau sunnahNabi saw. Lebih baik kita risau melihat umat Islam yang tidak solat 5 waktu dan Rumah Allah yang kosong setiap kali solat 5 waktu walaupun semua umat Islam tahu bahawa Solat 5 waktu ibadat yang paling penting yang yang diperintahkan Allah terus tanpa perantaraan kepada Nabi saw ketika Israk Mikraj

No comments:

Post a Comment

HOT NEWS